Discover
Sembang Atas Katil - SYOK Podcast [BM]
![Sembang Atas Katil - SYOK Podcast [BM] Sembang Atas Katil - SYOK Podcast [BM]](https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts112/v4/d7/c9/11/d7c91150-7662-5f56-7125-b1e9fd20616a/mza_2657510578376546586.jpeg/400x400bb.jpg)
Sembang Atas Katil - SYOK Podcast [BM]
Author: SYOK Podcast
Subscribed: 2Played: 1Subscribe
Share
© 2017 Astro Radio Sdn Bhd (403472-D)
Description
Dihoskan oleh Suzana Sukaimi, podcast ini merupakan kompilasi cerita wanita-wanita yang tersakiti yang penuh tragis dan air mata. Berusahalah menangis untuk mencapai tangisan nikmat itu... Kerana tangisan akan terbit sinar senyuman. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632.
8 Episodes
Reverse
Episode terakhir untuk edisi pertama ini. Suzana membawa akak sulungnya, Salina menceritakan tentang wanita yang sifat "perfectionist". Ramai antara mereka kebiasaannya sukar mendapat kebahagiaan, malah perkongsian ini menceritakan perihal tentang SUPERWOMAN yang bahagi masa stabilkan saham dunia akhirat.
Setiap hari kita pasti ada perasaan fobia yang sering kita lalui pada masa lampau. Kisah wanita ini mencerita detik paling dahsyat ketika pernah hadapi kemalangan ketika sarat mengandung. Apa yang terjadi dengan kandungannya? Kita dengarkan kupasan jujur dari wanita bernama Nurul ini.
Kupasan minggu ini menceritakan tentang pengalaman Diyana yang pernah mengalami jatuh bangun dalam kehidupan. Dalam mengendali bisnes kecantikan, Diyana menceritakan pengalaman bergelar janda ketika gagal dalam perkahwinannya yang pertama.
Setiap wanita pasti akan lalui perubahan kehidupan. Sama ada menjadi yang lebih baik mahupun sebaliknya. Kisah benar wanita yang dulunya berimej seksi, kini meriah hikmah dengan berimej muslimah. Apakah petanda awal penghijrahannya?
Kisah benar tentang wanita yang bernama Fatin Nabila, penghidap SLE kronik. Dalam mengejar kehidupan yang sempurna harus hadapi kata nista serta tomahan masyarakat. Bagaimana ia bermula? Segalanya di Sebang Atas Katil.
Wanita bertubuh gempal juga punya hati dan perasaan. Menjadi seorang wanita itu tidak seharusnya lihat dari saiz semata-mata. Ikuti bual santai Suzana bersama Qama menceritakan pengalaman yang pernah menjadi mangsa 'body shamming'. Kini dia buktikan saiz bukan penghalang untuk wanita menjadi bahagia.
Sembilan tahun berkahwin, tidak dikurniakan cahaya mata. Segala ubat dan petua telah diamalkan, malah tetap tidak berjaya hamil. Apa yang paling dahsyat bila bergelar wanita ini kala dilemparkan kata seperti. "Alaaa, mandul la tu..." Kisah kali tentang perjalanan wanita yang berjaya harungi proses kesuburan yang penuh sedih dan tawa.
Jadi ibu tunggal bukan perkara yang mudah. Soal emosi, nafsu dan berantakan jiwa kadang-kala mengawal perbuatan seseorang wanita. Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita yang pernah bergelar janda. Perjalanan dalam menepis kata nista dijalani dengan penuh cekal dan tabah. Dengarkan suara wanita yang pernah bergelar ‘JANDA’.